Sunday, February 24, 2013

bersambal bercili.


Lunch harini. Semua sepesen jer. Bersambal dan bercili. 


Ikan siakap masak bercili, sambal ikan bilis petai dan kangkung goreng belacan. 


Semua ni dimasak atas permintaan. Permintaan sape lagi, kalau bukan permintaan Encik Suami. Err..actually bukan semua ni Encik Suami mintak. 

Sebenarnya plan aku harini nak masak ikan siakap goreng bercili. Pastu pegi pasaraya beli bahan2. Bila aku tanya dia nak makan sayur ape? Dia cakap nak kangkung goreng belacan. Ok, boleh jer. 

Pastu bila dia nampak ada jual petai kat situ, terus dia mintak aku masakkan sambal petai pulak.

Aku macam....errr....are you sure? So semua bersambal la harini ye? Tiga lauk? Ok fine lah hubby. Dah kamu nak makan, kan. Jangan tak habis pulak. -.-' 

So itu la hasilnya. 

Then......bila semua dah masak, Encik Suami nak makan budu plak. Budu sebotol tu memang ada kat rumah. Selama ni duk dalam peti ais jer. Pastu aku keluarkan sebab nak makan kacang botor. Bila dia tengok budu tu, terliur agaknya. Huhuh. Tak sangka jugak. Ingatkan dia tak suka makan budu. 

Ni baru betol boleh geng. Kehkehh~ ;p 


Budu.
Jus tembikai + susu. Blended. *fav Encik Suami. ;)



So ini lah makanan tengahari kami. Layankan jerla. Bukan selalu pun dapat peluang masak untuk Encik Suami. Aku siap bungkuskan untuk Encik Suami lagi, sebab petang tadi dia dah balik ke Selangor. Buat bekal makan malam ni. =) 

Jangan sampai perut meragam dah la yer, sebab banyak sangat makan lauk bersambal bercili ni. -.-' 



Thanks for reading. ;)



.

4 comments:

Nanie said...

pandaiye masak.. macamne buat tembikai susu?

Unknown said...

sepesen pun semua sedap-sedap.. untungnya pandai masak..

pssttt.. saya suka budu ehee :)

Nini Mohd said...

@nurul harnani
nanie, i tak pandai masak pun.
ni just refer resepi kat internet & buku resepi jer.
tembikai tu i blend buah tembikai (merah) + susu pekat + ais.
senang jer buatnya. rasa pun sangat refreshing. ;)

Nini Mohd said...

@Hanida Moss
i tak pandai masak la dear!
lepas kawen ni baru belajar masak.
nak masak pun kena refer resepi dulu.
waahhh....yeke. suka budu jugak eh.
boleh geng la nih! kehkehh~ ;p