Sunday, August 12, 2012

Berbuka puasa @ IT Roo Cafe | 2 bulan

Berbuka puasa ngan Encik Suami. Ini pun dah lama, almost two weeks ago. 31.07.2012. Maklumlah, sejak akhir2 ni memang takde mood + takde masa nak mengupdate blog. Hehee~


Kebetulan haritu aku keje, nak masak macam tak sempat. Then, nak celebrate our 2nd month. Sebenarnye bukan celebrate sangat pun. Niat just keluar makan2 jer.


So, ajak ler Encik Suami berbuka kat luar. Disebabkan laki bini ni duk mengidam nak makan western (Encik Suami teringin nak makan lamb/mutton chop and aku plak nak makan chicken chop), so kitorang pilih tempat yang dekat ngan office. Lagipun lepas tu nak hantar Encik Suami pegi airport. So, tak payah membazir masa pegi cari tempat berbuka yang jauh2. hee~


Kitorang sampai kat IT Roo Cafe tu awal lagi, around pukul 6.30ptg. Waktu berbuka 7.19mlm. Lepas order and reserve meja, kitorang jalan2 dulu. Kalo tak reserve meja, jangan haraapppp nak bukak puasa kat sini.


Masuk kedai bundle depan IT Roo Cafe. OMG, banyak baju cantek2. Tapi kena tahan nafsu. Sila window shopping sahaja. -.-




Suasana dalam kedai tu memang agak 'romantik'. *kunun*


 Aku suka dress2 yang kat depan ni.
Serius cantik! Vintage sangat.
Rasa macam nak borong jer semua.
Tapi saborrr jerlah. *urut2 dada*

 



 Harga pun boleh tahan lah. Ada yang murah. Ada yang mahal sikit.









Belek2, tapi tak beli ponnn. hahahh.


Pastu nak pegi Bazar JB. Tapi mana la gerai2 kat situ bukak lagi. Kan awal lagi. Diorang baru tengah pasang khemah & susun barang.


Dah dekat2 waktu berbuka, balik la ke IT Roo Cafe tu. Sambil tunggu waktu berbuka, ternampak ni ---->>>




 Newly weds tengah buat post-wedding kat sebelah cafe tu.



Alololooo~ sweetnyer kitorang tengok chinese kapel tu. Serious comel. Mesti tema post-wedding tu vintage/oldies, kan. Tengok pakaian diorang, & pos-wedding pun kat tempat camni.


Ok, meh layan gambar makanan pulakk~



 Kacang & kurma.




 Mutton chop.
Encik Suami punyer.



[the best] Chicken chop [in town].
Mine.
Extra mushroom sauce (dalam bekas kecik kat hujung belah kiri tu~).



Aku kalo makan kat sini, confirm akan mintak extra mushroom sauce. Sebab rasa macam tak cukup jer mushroom sauce yang ada dalam pinggan tu. Serius sedap!



 Encik Suami - Sirap bandung.
Me - Sirap bandung soda.  



 Jemput makannnn~



The best chicken chop in JB.
Must try.
Sangat best. Serius.



Pastu pegi hantar Encik Suami kat Senai airport. Cuti dah habis, Encik Suami nak balik Selangor.  Sobs~ T_T


31.07.2012.
2 bulan sebagai suami isteri.


Errr...sebenarnye keesokan harinya (1st July) baru cukup 2 bulan. Tapi sebab Encik Suami kena keje esoknye, maka tak sempat la celebrate our 2nd monthsary. So, celebrate awal sehari. Itu yang buka puasa kat luar haritu. Bulan sebelum ni (our 1st month), aku masak jer untuk dia. Hehee~


Ok bye. ;)
.

No comments: