Sunday, April 8, 2012

JB - Banting - Terengganu. Alhamdulillah, dah selamat sampai ke kampung halaman. =)

Salam hari Ahad semua!


Saya bersiaran dari Besut, Terengganu. Cewahh~ ;p


Semalam bertolak balik kampung. Johor Bahru -  Banting - Terengganu. Perjalanan yang sangat jauh. Aku bertolak dari JB pukul 9.30 pagi. Plan nak bertolak pukul 6pagi. Tapi bangun lambat. Memang hampeh la.


Sampai kat Banting dalam pukul 1 tengahari. Ambik Encik Tunang, and terus bertolak balik Terengganu. Tapi silap masuk highway SKVE. Kemain jauh lagi melencong. Hukhukk~ takpe2. Asalkan jumpa jalan keluar ke highway Karak sudah la kan. Maklumlah, kami dua2 memang tak tahu langsung jalan kat KL tu. Main redah jer. Kemain susah lagi nak jumpa jalan keluar ke highway Karak. -.-



 Yayy! jumpa jugak tol Karak. -.-



Terowong Karak.




Plan asal, aku mintak Encik Tunang drive dari Banting sampai Bentong jer. Then biar aku yang drive. Sebab kesian kat Encik Tunang. Sebenarnya dia baru jer balik keje pagi tu & sempat tido 3 jam jer. Tu yang aku nak bawak & nak suruh dia tido jer dalam kete.


Aku pulak, tido 4 jam jer malam tu. So, kiranya dua2 tak cukup tido.


Tapi Encik Tunang plak yang drive all the way sampai kampung. Maybe dia kesian kat aku kot. ;p







Stop makan kat Bentong. Makan ape? Nasi Beriani ngan ayam goreng, kuah kari. Perghhh~ memang best. Sebab dah lama tak makan Nasi Beriani kat kedai mamak. Tapi? Hancuss my diet. Walaupun ambik nasik separuh jer. Still NASI BERIANI & AYAM GORENG & KUAH KARI. T_T



 This is hilllarious.




 Cantik!




Mitsubishi Lancer. Hewhewww~ ;D
Kau hadoo?




Time maghrib, stop lagi kat Hentian Gua Musang. Sambung perjalanan around pukul 8 pm. Sampai kat Kuala Krai, mata aku dah tak tahan dah. Hampir tertutup & terlelap. Tetiba Encik Tunang tanya : tak ngantok ke? Macam tahu2 jer aku dah mengantuk tahap gaban. Rupanya dia pun dah tak boleh tahan mengantuk.


So, kitorang berhenti kat R&R jer. Tido lebih kurang setengah jam. Tapi risau jugak. Sebab tido dalam kete, berdua jer. Risau kalo tetiba ada orang datang ketuk tingkat kete "Assalamualaikum. Kami dari ...... " macam mana? Huiiiii~ seram betol. Tinggi betul imaginasi aku, kan. kehkehh~ 


Kitorang park dekat ngan restoran & depan pakcik2 yang tengah duk lepak kat situ. Reda jerlah aku. Bukan buat benda yang bukan2 pun. Kitorang ni musafirrrr~ -.-'


Around pukul 12 tengah malam, baru sampai rumah. Alhamdulillah. Walaupun lambat, selamat jugak sampai. 900kilometer jugak perjalanan aku semalam.


Penatnyer tak tahu nak cakap macam mana. Tapi Encik Tunang? Walaupun dia yang drive & lagi penat dari aku, still dia gigih terus pegi memancing ngan anak saudara aku dekat ngan jeti Kuala Besut. Sampai2 jer, & lepas angkut barang masuk rumah, terus diorang pegi mancing.


Tak tahu nak kata apa dah. Biar jerlah dia pegi, lepas gian dia tu. Susah nak cakap ngan kaki pancing nih. Pukul 4pagi bari balik. Tak mengantok ke haa???




*p/s : ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan kat kampung ni. doakan semuanya berjalan dengan lancar. =)


.

2 comments:

Syu, Syuhada said...

owh, nini kat besut eh :)
baru tau..hehe ;)

Nini Mohd said...

a'a. kampung kat besut.
awak org terengganu jugak, kan? ;)