Monday, April 16, 2012

Hari Isnin lepas.

Hari Isnin lepas, kat kampung halaman. Banyak betul perkara yang aku kena selesaikan. To-do list KAT SINI.


Pagi2, pegi Pasar Tani. Entry KAT SINI.



Lunch. Gulai Ayam Kampung.



Ni akak aku yang masak, ok. Bukan aku. Sangat yummy! Diet? Yer yer...memang habis lah diet. Tapi aku makan sikit jer, ok. ;p


Biasanya kalo balik kampung, memang aku melantak jer semua benda yang tak dapat kat tempat lain. Huhuu~ tapi balik kampung kali ni kena jaga makan. Tak boleh skip2 diet lagi. -.-


Pastu kitorang pegi Pejabat Agama Daerah Besut. Nak beli borang kebenaran nikah. RM1 jer borang tu. Aku ingatkan RM5.








Sempat snap ini kat board pejabat agama tu --->>









 Errr...confuse jap.
Ni Peti Teguran Audit ke peti derma? ;D



Pastu terus pegi Jerteh. Nak survey katil. Disebabkan katil kat bilik aku tu dah buruk, kena la beli katil baru untuk letak kat bilik pengantin nanti.


On the way pegi Jerteh.
Padi menghijau.



Kitorang survey 2 tempat jer. Malas dah nak survey banyak2 tempat lagi. Tempat yang ke-2 tu, terus beli. Hajat hati nak survey2 jer. Tapi rasanya lebih baik terus beli. Sebab lepasni aku dah tak balik kampung sampai dekat ngan tarikh majlis. Takkan nak beli last minute seminggu sebelum kawen. Kan?


Yang bestnyer, tokey tu terus hantar pegi rumah kitorang, ok. Masa kitorang on the way balik dari Jerteh, singgah jap beli satar. Dekat jer ngan rumah. Masa duk beli satar tu, diorang call & cakap dah sampai. Hahaa~


Tapi tak dapat suruh pekerja2 tu pasang terus. Sebab bilik belum kemas & katil lama tu belum dikeluarkan. Tapi diorang ada explain camane nak pasang. Pekerja2 tu orang Pakistan kot. Sama ngan tokey dia. Masa pekerja2 tu explain, nak tergelak jugak. Sebab Pakistan tu cakap dialek Kelantan. Tapi ada perkataan yang lain sikit dari loghat kitorang.


Aku tanya Encik Tunang, dia faham ke tak. Dia cakap tak faham. Hahaa~ ingat senang ke nak jumpa Pakistan cakap Kelantan? ;D




Akhirnya dapat jugak makan satar. Dah lama duk terliur nak makan satar ni.
Tunggu balik kampung jer. Hehee~


Banyak ikan + sangat juicy.
Sangat yummmyyyy~ ;)




Lepas makan satar beberapa ketul, terus pecut pegi survey homestay pulak. Ada 2 homestay yang kitorang survey. Satu rumah tu harga RM200/malam. Satu lagi RM150/malam.



Satu ni jer yang sempat ambik gambar.


Belum book lagi homestay ni. Just survey jer dulu. Homestay ke-2, kitorang buat appointment (kemain appointment lagi kau?? ;p) ngan owner tu untuk datang tengok malam. Sebab dia pun ada keje kot masa tu.


Lepas pegi survey homestay ni, singgah jap beli keropok segera ngan makanan lain kat Semerak. Dekat jer ngan sempadan Terengganu/Kelantan. Keropok segera kat sini murah jer ok. RM1/sebungkus. Kalo kat JB nih, RM1.80 jugak tu.


Pastu Encik Tunang ajak pegi Bukit Kluang pulak. Teringin nak mancing kat sana katanya. Ok lah, aku ikutkan jer. Tapi tak mancing pun. Sebab dia cakap macam takde tempat yang sesuai nak mancing kat situ.


Bukit Kluang, Besut.


Ada orang tengah menjala.



Pastu Encik Tunang tak puas hati. Nak jugak pegi mancing kat tempat lain. Sambil2 membebel pun aku ikutkan jugak lah.  -.-



Kuala Besut.
Ni dekat jer ngan jeti Kuala Besut.


Dapat la 2 ekor ikan. Kecik jer. -.-


Malamnya, kitorang pegi tengok homestay ke-2 plak. Suka 2nd homestay ni. Sebab lagi selesa kot.


Penat giler kot satu hari tu. Ke sana ke mari. Tapi ada beberapa perkara yang tak dapat jugak diselesaikan. Sebab kesuntukan masa.


Dari to-do list KAT SINI, 3 perkara jer yang sempat buat, dari 6 perkara. Ok la dari takde langsung.  -.-'


1. Beli playwood untuk base pelamin. Kalo sempat, paksa Encik Tunang bertukang terus. ;p
- tak sempat beli pun. -.-

2. Survey bedroom set. Or maybe just katil + tilam jer.
- dah survey & dah siap beli dah. yay! ;) tapi katil + tilam jer.

3. Survey set cadar. Kalo jumpa yang berkenan, terus beli jer.
- tak sempat. -.-

4. Beli borang nikah.
- done.

5. Jumpa vendor canopy. Nak tukar canopy. Kalo tak sempat, boleh call jer.
- tak sempat. takpe, blh call jer. ;)

6. Survey homestay.
- done.


Tapi sempat beli satar yang aku teringin sangat nak makan tu. Sempat beli makanan, keropok segera, keropok lekor & sempat teman Encik Tunang pegi mancing.


2 comments:

Unknown said...

saya pun suka makan satar jugak hehe.mengidam la pulak petang2 nih :p

Nini Mohd said...

hehe..tu la.
sy pun rasa mcm x cukup jer makan satar haritu.
lambat lagi la nak merasa satar lagi. tunggu balik kampung bulan 6 nanti la. huhuu~