Friday, March 16, 2012

DIY Hantaran : Hantaran for me - done.

Setelah beberapa hari duk bertungkus lumus potong2 polisterine, cucuk2 bunga...akhirnya siap jugak gubahan hantaran. Alhamdulillah. Rasa lega sikit. Sebab sebelum ni memang duk risau sebab takde masa nak buat hantaran nih.


Pagi2 pegi keje. Balik keje dah malam. Weekend pun busy - ngan keje, etc. Pastu asyik ke sana ke sini, ngan out station, and macam2. Kalo ada masa pun, aku dah tersangat penat. Macam mana nak buat preparation kawen. Nak meng-Google apa2 pasal wedding pun takde masa. -.-'


So, aku curi2 jugak masa yang ada. Lepas balik keje, aku buat. Walaupun dapat buat 1 gubahan atau hanya dapat potong polesterine jer, aku tetap buat jugak. Sampai tido lewat malam & mengantuk time keje.


On last weekend, gigih duk menggubah secara pukal.





Bekas. Bentuk shell.
Aku sukaaaaa~ ;)




Gabus.




Aku beli gabus bentuk empat segi yang besar. Pastu aku potong 4, then potong jadik bentuk bulat macam dalam gambar atas ni. Gabus bulat pun aku ada beli jugak. Tapi yang saiz sederhana & tak banyak pun. Gabus bulat tu dah tak payah potong2 & bentukkan dah. Yang aku bentukkan sendiri ni just untuk gabus yang kecik jer.


Kalo buat camni, jimat sikit. Sikit jer pun. Gabus sederhana tu RM1.80/pc. Kalo gabus petak ni harga RM4.40. Boleh buat 4 gabus bulat. So, dapat RM1.10 setiap satu. Total aku jimat RM5.60 untuk 8 gabus kecik.




4 jenis bunga.
Over pulakk pakai banyak2 bunga nih.  -.-



Lekatkan bekas kat gabus.
Then aku cucuk2 jer bunga kat sekeliling gabus tu.




And hasilnya......tunggu lepas majlis, ok. ;p


Tapi ini just hantaran untuk aku. Aku buat dua2 gubahan hantaran, i.e. hantaran untuk aku & hantaran untuk Encik Tunang. Tamak kan? ;p


Tamak tak tamak, yang penting aku puas hati ngan dua2 hantaran tu. ;)


Hantaran untuk Encik Tunang belum buat lagi. Ini pun belum siap 100%. Ada 2 dulang belum siap, i.e. gubahan mas kahwin and gubahan sirih junjung. Sebab takde idea lagi nak gubah macam mana. Mas kahwin pun tak tahu lagi nak letak dalam bentuk duit ke atau nak buat bank draf jer.


Takpe la kan. At least dah settle 7 dulang. Bagus guna artificial flower nih. Boleh gubah awal. Walaupun teringin jugak nak guna fresh flower. Tapi kalo kat kampung nanti, kat mana pulak aku nak cari fresh flower, kan?


Pastu sempat la pulak nak buat gubahan fresh flower tu, kan. Mana nak DIY pelamin lagi, meja makan beradab lagi, nak tolong family lagi, macam2 la. Kalo guna fresh flower, memang kena gubah last minute. Huuuuu~ -.-'


One of my friend cakap : awalnyer buat hantaran. Err...awal ke? Aku rasa apa2 yang boleh di-setelkan sekarang, better aku buat. Takut tak sempat plak kalo buat last minute nanti. Kalo nak balik kampung nanti boleh terus bawak balik jer hantaran yang dah siap digubah tu. Hihii~


Errr...jap2. Mas kahwin boleh buat dalam bentuk cek @ bank draf ke? Takpe ke? Di-bolehkan ke? Ke mas kahwin tu hanya boleh disediakan dalam bentuk tunai masa majlis tu?? Helppp~




*p/s : warna hantaran untuk aku nih sangat STRIKING!



.

2 comments:

whiterwa said...

Kat mana beli bekas bentuk shell tu? Bpe rm??

Nini Mohd said...

@whiterwa
bekas tu beli kat kedai Thank Q kat Nilai 3. harga tak ingat dah. dalam belas2 ringgit camtu la, depends pd saiz.