Thursday, March 8, 2012

85 hari lagi. Diet oh diet.

85 hari?

OH EM GEE~  -.-'



Lebih kurang 2 ke 3 minggu lepas aku dah start diet. Konon la diet nak kurangkan makan nasik. Dalam seminggu tu makan nasik 1 kali ke 2 kali jer. Tu pun makan separuh jer. Hari2 lain aku tukar menu. Just makan mihun, buah, roti. Atau tak makan langsung makanan ruji. Korang tahu kan ape tu makanan ruji? *skema plak sebut makanan ruji nih. -.-


Dalam seminggu lebih tu turun 1kg. Happy? Excited? Giler tak. Mesti la terlebih happy, terlebih excited. Semangat dah berkobar2 untuk meneruskan misi menghapuskan lemak2 dalam badan.


Then minggu lepas Encik Tunang balik JB. Macam biasa la, kalo dia balik, aktiviti kitorang mesti la jalan2 cari makan. Masa tu aku fikir : eh, takpe. Makan sikit jer. Nanti diet balik.









Hari 1st, makan McD. 2nd day, pegi makan Nasi Lemak yang femes kat Bandar Baru Uda yang superrr delicious (sebab dah berbulan2 janji ngan Encik Tunang nak belanja dia makan kat situ).


Hari ke-3, makan kat kedai mamak. Makan Roti Nan Cheese with Tandoori Chicken. Perghhh~ Yummyyyy giloss~


Lepas hampir seminggu, aku timbang berat badan. Oh em geeee~ almost 2 kilo naik!!! Lagi berat dari sebelum aku berdiet. Hampessss~


Makan macam tu pun boleh naik berkilo2 ke?? Mungkin sebab badan baru nak hilang lemak & dah lama tak terima makanan berat. Then tetiba jer dapat makanan yang banyak, mesti la "kejutan budaya", kan. *Ok, teori aku jer. T_T


Terus rasa down sangat2 masa tu. Stress giler kauu~ Masa tu terfikir : lagi 3 bulan nih. Sempat ke nak capai misi nak kurangkan *beberapa* kilo tu?


And terus buat kiraan, berapa kilo aku kena turunkan sebulan. And terus tobat dah. Taknak abaikan diet lagi and nak buang pemikiran "takpe, boleh diet nanti".


Sekarang dah turun 1kg balik. 6kg to go~


6KG?? Mampu ke aku??? T_T


Mampu ke tak mampu, memang kena diet. Bulan depan nak balik fitting baju. Giler kalo baju tu tak boleh zip! Or worst, tak boleh sarung pun? Tidaaakkkkkkkkk~





.

1 comment:

adventure mama said...

wahh nak trun 6 kg..hehe kene kuat smgat..first 2-3 kg mmg sng..pastu dah ssh..mkn tak kesah..yg pntg senam...

btw i folo u..:P