Wednesday, February 1, 2012

JB - Putrajaya - Terengganu

Hello lovelies~

Agak busy dari minggu lepas. Bukan dari minggu lepas jer. Tapi dari 2 minggu lepas, sebelum Chinese New Year. Maklumlah..nak bercuti panjang. ;p


So, last Chinese New Year haritu aku balik kampung ngan Encik Tunang. Berjaya jugak dia apply cuti. Kalo tak, penat jugak la nak drive balik kampung yang nun jauh kat Terengganu tu.


Tapi perjalanan kalini lagi penat kot. Sebab bertolak dari Johor Bahru ke Putrajaya dulu. Coz ada kes kat Mahkamah Rayuan Putrajaya. Kes tu plak habis lambat. Hampeh betol la. Around pukul 11.15pagi baru bertolak balik ke Terengganu. Aku ingatkan paling lambat pun around 10pagi dah habis la kot kes tu.


Dah la kena masuk KL dulu. Then kena keluar ikut Highway Karak. Mak aihhh...punyer lah pening nak keluar dari KL. Maklumlah, kitorang ni bukannya tahu jalan2 kat KL. -.-'


Bila dah sampai Gombak, baru lega sikit. Sebab memang dah dekat ngan Lebuhraya Karak & dah boleh keluar dari KL. Alhamdulillah..


Sebenarnya kitorang tak pernah balik kampung aku dari KL ni. Aku sendiri pun memang tak tahu langsung jalan dari KL ke Terengganu. Kalo jalan dari JB - Terengganu, aku ingat la jugak. Haritu kitorang just berpandukan peta, signboard & TAWAKAL. ;P




Yehhooo~ dah sampai Bentong.  




Singgah makan kat Bentong (kot). Ke Raub ek? Tak ingat dah.


Aku order mee sup. Encik Tunang order mee kari. Mee sup dia memang hampeh. Tapi sebab lapar punyer pasal, aku telan jer sampai habes. Cendol yang Encik Tunang order pun macam hampeh jugak. Takde rasa cendol pon.




Ais kisar dia pun besar2 giler.
Ni cendol ke ape?
Pasni taknak dah singgah gerai tu lagiii!!! T_T
Errr...kalo lalu sana lagi la, kan. ;p


Lol.
Baru kitorang tahu, nama Sungai Lui tu betul2 wujud rupenye.
ish2... ;p



Jauh perjalanan, luas permandangan.
Haa..memang luas betol ni.
Sepanjang jalan tu, mcm ni jerlah.
Bukit bukau, ladang kelapa sawit, bukit kapur, etc.
Radio pun takde siaran. hampeh.
Boring. boring sebab tak boleh dengar radio.
Nasib baek aku suka tengok pemandangan alam sekitar. ;p




Singgah kat Hentian Gua Musang.
Baru bukak jer hentian ni.
Harga makanan & minuman memang mencekik darah.


Jauh termenung? ;p


Aku ni memang suka alam sekitar kot.
Suka sangat kagum ngan pemandangan alam sekitar.



Rainbowwwwww~~
Cantik sesangaattttt...!!!!



Around pukul 9 malam, baru sampai rumah aku. Dekat 10jam jugak tu. Macam lebih kurang ngan perjalanan dari JB - Terengganu. Padahal jarak KL - Terengganu lagi dekat. Dan memang aku rasa journey balik kampung dari KL - Terengganu haritu lagi penat dari JB - Terengganu.


Ntah la kenapa. Mungkin keadaan jalan yang bersimpang siur & jalan kampung kot. Kalo dari JB, banyak jalan lurus & luas. Ape2 pun alhamdulillah perjalanan kitorang selamat. Selamat jumpa jalan balik, & selamat sampai ke destinasi.


Sebenarnya kitorang balik kampung haritu ada tujuan, misi & matlamat. Cewahhh~ ;p


Alhamdulillah 90% misi tu berjaya.


Nanti aku update lagi. Penat giler nih hoiii... [x_O]



I need a ZZzzzzz...........






.

No comments: