Monday, February 13, 2012

Baju family.

Baju untuk family! Sekarang kalo tengok, hampir semua majlis kawen, family akan pakai baju yang sama. So, aku duk plan nak belikan kain baju kurung untuk kakak2 dan kakak2 ipar dan jugak anak2 saudara aku. Dah lama duk berkira2 nak beli. Tapi baru sekarang berjaya beli.


Semalam pegi beberapa tempat untuk survey kain baju kurung untuk baju family. Aku ajak akak aku teman. Sebab aku memang failed bab memilih barang untuk orang nih. Kang berjam2 aku duk pilih, end up tak beli apa2. <--- pengalaman.


So semalam pegi Plaza Angsana. Masuk Kamdar. Takde yang berkenan. Masuk Gulati's Silk House. Pun takde yang berkenan. Harga pun giler tak termampu. -.-'


Then pegi Jakel kat Tampoi. Survey punyer survey, memang banyak yang cantik. Tapi takde yang memenuhi kehendak aku. Err...penting ke kehendak aku, walaupun bukan aku yang pakai? Eh, mesti la penting. ;D


Aku nak cari kain warna hijau turqoise. Takpun, warna hijau lembut. Baru nampak sweet. Gitu? Hehehh~


Tapi susah betol la nak jumpa. Kat Jakel tu plak banyak yang jenis RAINBOW. Maksud aku, banyak sangat kaler dalam satu kain. Tak sesuai kot untuk buat baju family. Akak aku pun cakap "mabuk" kain camtu. Paham tak? Hahahh~ ;p







Last2 kitorang pilih kain yang warna gelap. Itu la yang kitorang paling berkenan. Sedihhhh~ Tapi takpe la, coz cantik la jugak kain tu. Anddddddd....terbang jugak beberapa ratus dari purse aku nih. Semua sekali aku beli 8 pasang. Pejam mata jer bayar. Takkan la nak bagi family pakai baju yang murah jer, kan. Tak sanggup plak aku nak buat camtu. Aku pun nak family happy on my big day. ;)


Ni la dia kain tu --->






Ada batu kristal ke swarovski ke ape ntah nama dia.


Kain ni kaler hijau. Bunga kaler biru. Kalau ikutkan aku, aku beli kain yang plain jer. Sangat berkenan ngan kain chiffon. Cantek, kan kalo buat baju family. Tapi akak aku cakap, yang ada bunga lagi cantik.


Yerlah, kalo kain plain, nak kena tambah manik @ sulam plak, kan. Baru cantek. Kalo chiffon, kena ada lining. And kalo nak jahit baju yang ada lining, makin bertambah la upah tukang jahit. Nanti menyusahkan family plak nak jahit baju mahal2. Ok la, aku ikutkan jer.


Sepatutnya aku beli kain ni awal2 lagi, kan. Takot diorang tak sempat nak hantar jahit jer. Lagi 3 bulan lebih jer ni. Hopefully takde la yang tak pakai baju tu. Kang aku plak yang tak senang hati atas pelamin. Hahaa~

Ok bye~



.

1 comment:

Hunny Kitty said...

ehh ada hello kitty la....blog walking here..n gud luck for prep