Monday, January 10, 2011

Boring tengok AJL25


Kemain lagi tajuk. Kang marah plak peminat2 AJL.

Whatever.

Semalam aku tengok AJL kat umah kakak Encik Kuneng. Masa tu aku dah mula rasa mengantok. Tapi nak jugak tengok AJL tu. Sebab every year mesti aku akan tengok. Tapi malam tadi punye AJL punye lah boring. Starting pun dah boring. Apa awal2 tu? Imbauan AJL yang lepas2 kan? Tapi kenapa lama sangat sampai hampir 30 minit? Boring tau tak?

Then lepas Tomok nyanyi, ntah ape lah pengacara 2 orang tuh merepek. Meleret2, berjela2, merapu2. Hampeh lah. Sampai aku boring giler dan bertambah2 mengantok.

Akhirnya tertidur kat kusyen tu. Hape la, boleh plak tertido kat umah orang. Memang tak tau malu btol. Eleh, macam la tak pernah tertido kalo pegi sana. muahahaa~ ;DD

Bangun tido jer, tanya akak Encik Kuneng sape yang menang.

Wut? Anna Rafali?

Uh puhh-lease.

Okay, bukan aku nak cakap lagu dia tak best. Lagu dia best, layan la jgak. Tapi untuk bergelar Juara Lagu? I have no comment lah. But I think la, banyak lagi lagu dan penyanyi yang lagi layak menang.


OK BYE!


.

No comments: