Sunday, December 5, 2010

Kelas Memandu #6th and #7th

Actually dah malas nak tulis cerita pasal driving school nih. Coz dah tak tau nak cerita ape. Tapi takpe la kan. Saje nak buat kenangan. Nanti bila aku dah ade kete sendiri, dah tau (terer) bawak kete, boleh la bukak & baca balik yang aku cerita ni. Time tu mesti aku tersengih sorang2 bila teringat betapa sengalnye aku masa mula2 belajar bawak kete. hehe~

So, sape2 yang rasa macam menyampah baca entri aku nih, sila la blah dari sini . Sebab entri2 ni untuk kenangan aku jer.

Okay. Hujung minggu ni aku belajar kete jer. Biase la, aku memang boleh pegi kelas on weekend jer. Yerlah, kan keje. Terpaksa la ambik test lambat.

So, Sabtu (04.12.2010) dan Ahad (05.12.2010), terpaksa melenguhkan kaki menekan clutch dan menyaketkan tangan memusing stereng. Haihh~~ sumpah aku takkan beli kete manual! Gile kau penat. Keje dah penat macam ape, lagi nak bawak kete manual? Pastu boleh la plak nak bawak kete manual kat JB ni? dengan jalan yang jem macam siput sedut! Ishkk...tak sanggup wa menempuhi semua tu.

Ok dah. Panjang plak merepek.

Minggu lepas tak blajar kete, coz cikgu yang ngajar aku tu takde. Dia cuti, hantar anak beli study. So, minggu ni masuk kelas balik la. Haihh~ Dua minggu tak masuk kelas, aku dah lupa dah step2 camane nak buat parking. Pastu kat jalan raya plak, dah lupe camane nak tukar gear. Argghh~~ dasar nyanyuk!

Naseb baek la belajar dua hari ni, dah boleh ingat balik.





Ni gambar masa hari Sabtu. Cuaca masa tu mendung jer. Pastu gerimis. Takpe, i suke yer. Sebab tak panas. Tau tak betapa panasnye kat litar tu? Sampai kulit aku yang dah hitam ni dah bertambah2 hitam dah. Pukul 9pagi pun dah mula rasa bahang tau, dah mula berpeluh. Blom lagi tengahari. Hari Ahad plak cuaca panas. Bila panas camtu, bukan setakat sunburn dan berpeluh je, tapi membuatkan aku makin penat dah tersangat dahaga macam stuck kat padang pasir tak minum air tujuh hari, walaupun time rehat tu dah minum milo ais segelas. Balik umah jer, aku minum Minute Maid Pulpy Orange sampai abes setengah botol besar tu. Hilang dahaga wa. Owh, i'm so addicted to Minute Maid Pulpy Orange! Ok dah. Jauh sangat dah lari dari topik.

Hujung minggu ni tak ramai plak orang yang belajar kat litar nih. Nape ek? Ooo...maybe sebab ari Selasa ni cuti, takde test JPJ. kot. Takpe, senang sket aku nak pusing2 dalam litar tu.

Btw, aku punye lesen L dah lama keluar. Sampai sekarang blom ambik test JPJ lagi. Tapi sekarang ni, memang kena ambik test secepat mungkin, sebelum lesen L aku tamat tempoh. Lesen L tamat tempoh pertengahan bulan Januari. Dan sekarang ni, lagi seminggu lebih jer sebelum test JPJ. Eeeee~~~ takotnye saye! Boleh ke saye ni? hmmm~~~

Cikgu aku cakap, aku dah ok. Dah boleh bawak kat jalan raya. Yeke pakcik? Tapi aku plak yang tak confident ngan diri sendiri. Haiihhh~~~

Macam semalam masa nak buat parking, ter-lebih ke belakang plak undur. Terlangar tiang kat belakang. Haa kau..sampai 4 tiang terbalik. Cantik punye langgar. Mungkin sebab dah lama tak belajar kete, dah lupe. Pastu tadi. Masa nak buat u-turn. Camane ntah boleh ter-mati plak enjin.

Ishh...camni cikgu tu cakap ok? '~'


.

No comments: